Sunday 10 April 2011

KENAPA SAYA NAK JADI WARTAWAN...??

Puspavathy Ramaloo bertanya, "kenapa anda pilih untuk jadi wartawan?"


Hurmmm... Apa jawapannya yer? Glamour kot? Sebab saya memang bercita-cita nak jadi TV host@news presenter@nak berada depan kamera supaya semua orang boleh tengok??


Agaknya jawapan aku yang mana satu? Kini aku sudah pasti!!! Jawapannya tidak ada di atas. Menjadi seorang wartawan tak seharusnya mengejar populariti dan glamour macam artis segala bagai! Wartawan boleh jadi agen khidmat masyarakat. Besar ertinya kepada mereka yang memerlukan.


Memang tugas wartawan mencari bahan berita untuk tatapan umum. Macam-macam elemen boleh dijadikan berita seperti perubahan, kontroversi, konflik dan "human interest". Semua orang mampu mencarinya tetapi apa yang membuatkan kita lebih bagus daripada orang lain dalam dunia kewartawanan ini?


Do people care about something that not related to them? Yes Of course not!!


Jadi, menjadi tugas wartawan untuk membawa audiens menyelami sesuatu perkara biarpun hal tu tiada kaitan dengan hidup mereka. Cabaran ini yang paling besar. Bagaimana nak menarik perhatian orang ramai supaya mereka prihatin terhadap apa yang cuba disampaikan oleh seseorang wartawan itu? Guna gambar dan shoot yang menarik ke? Nampak sangat mudah tapi hakikatnya sungguh berat tanggungjawab yang harus dipikul. Nak buat audiens tertarik dengan laporan yang didedahkan sangat sukar kerana tak semua manusia sama. Tapi untuk menjadi yang terbaik, ia perlu dilakukan. Berbekalkan kemahiran yang dipelajari, ditambah dengan usaha yang berterusan dan tidak jemu mendengar nasihat orang yang lebih arif/berpengalaman akan mengajar kita.

No comments:

Post a Comment