Saturday 9 April 2011

WARTAWAN :: KEMAHIRAN BAHASA PENTING...

SETIAP hari kita akan membaca berita-berita dan rencana di surat khabar atau majalah. Kita juga mendengar berita di radio atau menonton siaran berita di televisyen.


Pelbagai berita dan peristiwa disiarkan dan dilaporkan kepada kita melalui media massa. Siapakah yang melakukan tugas yang mulia ini? Sudah tentu ia dilakukan oleh wartawan dan wartawan penyiaran untuk media elektronik.


Tugas mereka ialah membuat liputan tentang peristiwa, kejadian, aktiviti dan sebarang kejadian yang boleh dijadikan bahan berita dan cerita untuk dilaporkan kepada pembaca, pendengar dan penonton.


Selain itu, kerjaya wartawan akan memberi peluang untuk bertemu dengan pelbagai golongan masyarakat seperti tokoh pemimpin, ahli politik dan ahli perniagaan. Seseorang yang bercita-cita menjadi wartawan perlu mempunyai kemahiran menulis, mampu menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik serta berbakat dan juga kreatif dalam menghasilkan idea.


Tanpa memiliki ciri-ciri ini agak sukar bagi seseorang itu bertugas sebagai wartawan kerana kerjaya ini memerlukan seseorang itu menulis dan mengarang berita dan rencana dengan baik dan difahami. Mereka juga perlu menemu ramah sesiapa sahaja yang diperlukan sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.


Sebagai wartawan, setiap hari mereka akan diberi tugasan membuat liputan peristiwa atau menemuramah individu tertentu.
Selepas itu, mereka akan kembali ke bilik berita untuk menulis berita atau rencana berhubung temu bual tadi.






amacam..?ader ciri2 camerawomen x..?hehe...



Kemudian berita atau rencana yang ditulis itu akan disunting oleh pengarang sebelum dicetak atau disiarkan di media. Perkembangan pesat industri media cetak dan elektronik akibat perkembangan ekonomi negara pula telah membuka peluang yang banyak kepada kerjaya kewartawanan khususnya di sektor swasta.


Banyak syarikat media cetak dan elektronik beroperasi yang beroperasi pada masa kini memerlukan tenaga kerja di bidang kewartawanan.


Selain itu, agensi kerajaan dan syarikat swasta juga memerlukan pegawai atau kakitangan yang mampu menulis dan mengarang mengenai pencapaian agensi dan syarikat masing-masing dengan tujuan menghebahkannya kepada umum.
Walaupun para lulusan dalam bidang kewartawanan dari universiti atau institusi pengajian tinggi (IPT) berpeluang menceburi bidang ini, sejak akhir-akhir ini, banyak syarikat media cetak dan elektronik cenderung memilih calon-calon yang mempunyai pengkhususan di bidang tertentu.


Ini kerana mereka mempunyai pengetahuan mendalam serta lebih memahami bidang mereka berbanding calon yang hanya mempunyai kelulusan dalam bidang kewartawanan. Calon yang tidak mempunyai asas kewartawanan akan dilatih oleh syarikat-syarikat media cetak atau elektronik.


Kerjaya kewartawanan mampu menawarkan gaji yang lumayan dengan gaji permulaan di sekitar RM1,500 serta ganjaran lain berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja..

No comments:

Post a Comment