Saturday 9 April 2011

WARTAWAN..ANTARA PENGORBANAN DAN AIRMATA...


Assalamualaikum kengkawan…hehe…hope sht sllu dibawah hidayah ALLAH  hendaknya....amin..^^
Kali ni aku nak share ngan korang satu cerita berkaitan ngan kisah hidup seorang wartawan ni..cerita ni aku dapat masa duk berbual ngan sorang wartawan dari KOSMO…aku korek2 sket cerita sal wartawan ngan dye…pas ikut dye cover satu press conference kat istana budaya…aku jumper dye pun sbb kne siapkan tugasan ‘follow reporter’ yg madam Adzra punya assignment..naseb bek la dapat wartawan yang sporting cm dye ni..hehhe…
Firstly aku tanya dye...” best ke x jadi seorang wartawan ni..?” dye tanpa berat hati sudi la share ngan aku ni…”ramai orang ingat wartawan satu karier yang glamour, bercampur dengan manusia yang dalam kategori ‘rich and famous’, sana sini dilayan seperti VIP, sering keluar negara dan macam-macam lagi..
‘Itu tak nafikan, tanggapan itu ada asasnya…’
‘tetapi sebenarnya.., realitinya kehidupan sebagai wartawan bukanlah seindah yang disangka…’
‘wartawan  terpaksa bergelut dengan faktor masa (kerana perlu menyiapkan tugasan dalam waktu yang pantas), wartawan juga terpaksa berhadapan dengan kerenah editor yang selalunya garang dan cerewet, berhadapan dengan 1,001 macam pe’el manusia yang hendak mereka temuramah, berhadapan dengan risiko saman yang berjuta dan sudah pasti, terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko yang adakalanya boleh mengancam nyawa mereka sendiri sewaktu menjalankan tugas…’
‘gaji plak…? Aku teruskan ngan soalan yg mmg aku tggu2 jawapannya…
‘dari segi gaji pula, kalau nak diikutkan bukanlah besar sangat pun…’
‘masih ada syarikat akhbar yang bayar gaji wartawan mereka di bawah RM1,000 (sama dengan paras kemiskinan yang ditetapkan oleh kerajaan)….sebab itu bila diperhatikan, ramai graduan muda yang mula-mula bukan main excited lagi nak jadi wartawan alih-alih kerja tak sampai enam bulan lepas tu berhenti…’
‘semuanya gara-gara ‘kecewa’ dengan karier ini yang rupanya bagi mereka tidak seindah seperti yang disangkakan …sebab tu jugalah abang selalu ingatkan para wartawan muda agar berfikir banyak kali sebelum nak menyertai bidang ini kerana tanpa minat yang mendalam, agak sukar untuk seseorang itu bertahan dalam dunia kewartawan…sepak terajang dunia kewartawan ini actually sangat ‘luar biasa’…beliau tambah lagi…
‘ia bukan sekadar karier yang masuk pagi dan pulang petang, ia bukan sekadar karier yang tiap hujung bulan ambil gaji kat mesin ATM tetapi ia lebih dari tu…’
‘memang abang akui, ada wartawan yang sebegitu, sekadar datang ofis, pergi assignment then balik rumah, namun golongan wartawan sebegini selalunya gagal pergi jauh dalam karier mereka…’
‘kalau 10 tahun dulu mereka di takuk itu, 10 tahun akan datang pun macam tu lah saja, takde peningkatan, sekadar dok ‘gebang’ sana-sini yang mereka itu wartawan, hakikatnya mereka hanyalah golongan ‘tempelan’ dalam industri ini…’
‘abang cakap mengenai perkara ini bila mengenangkan nasib member abang dari Astro Awani, Ashwad ismail dan Shamsul Kamal yang bergelut antara ‘hidup dan mati’ kerana kapal yang mereka naik diserang sekumpulan komando Israel ketika menyertai misi kemanusiaan ke Gaza…’
‘ini bukanlah kali pertama wartawan  berhadapan dengan situasi berbahaya seperti itu..’
‘tapi beberapa tahun dulu wartawan Utusan, Marzuki Yusuf nyaris maut sebab  ditembak penembak curi sewaktu membuat liputan di Afghanistan, wartawan RTM dan The Sun juga nyaris terbunuh sebab diculik dan diserang penyerang yang tidak dikenali sewaktu membuat liputan di Iraq…’
‘actually ramai lagi yang terpaksa berhadapan dengan insiden-insiden bahaya camni…’
‘abang sendiri pun  pernah bergelut dan bertumbuk dengan ‘bapa ayam’ di Bukit Bintang dalam satu operasi mencegah pelacuran tahun lepas…’
nak jadi wartawan camni..kene kuat semangat tw...^^
tapi  tak ramai yang tahu tentang perkara-perkara camni sebab  sebagai wartawan, ia dah jadi sebahagian daripada tanggung jawab yang perlu dipikul, baik sebagai wartawan media cetak ataupun elektronik…’
‘percayalah kalau wartawan mati disebabkan tugasan, tidak akan ada kalungan bunga atau penghormatan negara untuk mereka..’
‘sebab kami bukan polis dan kami juga bukan tentera..’
‘namun sama ada anda setuju atau pun tidak, kami juga adalah pejuang mungkin bukan dengan senjata, tapi dengan cara kami sendiri...mungkin bukan dengan peluru, tetapi dengan pena yang terselit dicelah jari…’
Wallahualam..

No comments:

Post a Comment